Sunday, December 12, 2010

Quranic Rose Girls

             Setelah selesai mengulang al-quran setelah solat asar tadi, aku dan Ati berehat-rehat di pinggir tangga surau. Ati membaringkan dirinya disisiku. Kepalanya diletakkan diatas pehaku, aku mengelus rerambutnya yang halus sambil bercanda gurau.Aku memegang erat tagannya. Telinganya kutarik dan jarinya kujentik kerana kukunya agak panjang.”Adoi, sakitlah kak.” “Ha, lain kali potong kuku itu, bah” aku meniru loghat Sabah.
          Sesekali kami memandang adik-adik pondok Tahfiz Darul Asma’ ini bermain bola tampar. Suara gelak tawa mereka menambahkan lagi kebisingan petang ini.

         Adikku Syifa dan Khaulah datang ke arah kami sambil menayangkan aiskrim yang dibeli dari Makcik Dah, tersengih-sengih. Setiap petang kereta Makcik Dah akan masuk ke pondok tahfiz perempuan ini yang dikelilingi kubu tinggi ini untuk menual pelbagai makanan ringan buat pelajar disini. Adik-adik disini tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika hari cuti, barulah mereka pulang ke rumah masing-masing denagn berjubah dan beniqab hitam.

         Ika, berlari termengah-mengah ke a rah kami, merentas mereka yang sedang bermain. Rambut yang berikat kemas beralun kencang. Aku dan Ati berebut aiskrim yang dibawa Ika, Siapa cepat dia dapat. Dua orang adikku itu ketawa mengekek.” jom kita main badminton,” aku mengajak. Kami bermain denagan riang. Sesekali lontaranku tidak bersambut oleh Ani, almaklumlah budak besar yang jarang bersukan bermain.Terasa kekok benar. Di padang yang luas ini kami bergerak bebas tanpa perlu bertudung litup kerana pondok ini sememangnya dibina khas untuk anak perempuan, bebas dari lelaki ajnabi. Pelajar disini hanya memakai tudung bila waktu sekolah sahaja, itupun sekadar memenuhi disiplin sekolah, walhal dalam kubu ini tiada lelakipun yang dibenarkan masuk dan bebas dari sebarang kakitangan yang berjantina adam.

            Jam 6.45 petang semua bergegas mandi untuk solat magrib dan isya’ berjemaah. Adik-adik disini akan bergilir-gilir menjadi imamah. Biasanya Tasya, Mariam dan Norli yang akan menjadi imam utama sesekali ustazah-ustazah mereka mengambil giliran.Ustazah di sini sebaya denaganku. Aku sangat kagum dengan mereka. Setelah tamat belajar dipondok ini, pelajar-pelajar cemerlang akan menggantikan Ummi menjadi ustazah madah, wardan, guru teakwando dan tutor kelas jahitan, sesuai denagn pertambahan bilangan pelajar disini.Didikan Ummi menjadikan mereka anak-anak gadis Islam yang benar-benar memenuhi criteria muslimah sejati, isteri dan ibu mithali. Adik-adik hafizah disini,umur mereka baru belasan tahun tapi seluruh al-quran sudah di hafaz. Terasa malu dalam diri bila aku membandingkan diriku denagn mereka. Masih kuingat 30 Ramadan lepas. Abah membawa aku dan adik-adik berterawih dan qiam di sini. Aku di minta menjadi imam. Terasa malu kerana aku hanya mampu membawa beberapa mukasurat dari juzuk tiga berbanding mereka yang sering membawa sejuzuk semalaman, melibatkan surah-surah sukar dan berayat pendek-pendek.
        4 pagi merupakan waktu rutin bangun tidur para hafizah untuk beruzlah, beribadah dan menghafaz. Selesai solat subuh, 6.30 pagi,gotong-royong akan dimulakan.Para pelajar, dari umur 5tahun hingga 18tahun akan di bahagikan kepada 7grup. Aku dan Ati turut dimasukkan ke dalam grup-grup ini. Adat menumpang tempat orang, walaupun tetamu, kenalah buat kerja juga.Grup ini akan bergilir-gilir membuat kerja. Aku dimasukkan ke dalam grup 5, jadi pada hari ahad, aku akan bertugas mengutip sampah di padang. Hari isnin, aku dan ahli kumpulan akan bertugas membersihkan kelas sehinggalah ke hari sabtu yang dinantikan, time bertugas di dapur dan memasak.

        Grup yang ditugaskan memasak akan memasak untuk semua pelajar termasuklah untuk pelajar lelaki di surau besar bersebelahan rumah mudir diluar tembok sana. Kami akan menyediakan sarapan pagi sebelum masuk waktu sekolah.Sarapan akan dihidangkan jam10 pagi, waktu rehat.Ketika memasak, kakak-kakak akan mengoreng, menumis dan membuat lauk manakala adik-adik kecil akan menyiat sayur, memotong bawang dan roti. Ada juga yang akan membasuh pinggan dan mengemas tempat makan. Walaupun pondok ini daif prasarananya, tapi para pelajar di sini diajar supaya senantiasa cermat, kemas dan bersih. Para tukang masak dimestikan memakai apron,memakai key dan mengikat rambut.

Tuesday, December 7, 2010

Immunisasi Bayi..Benarkah tidak perlu??

Suatu hari saya pulang ke rumah ummi selepas mendapatkan immunisasi untuk si comel. Si comel kelihatan sakit & sedikit meragam. Ummi saya menegur, "Kenapa suntik? Kesian baby, sakit.." Saya & Hubby diam. Malam itu kami berdua dpt kaunseling percuma dari ummi berkenaan immunisasi. Sememangnya saya telah lama tahu ummi saya tidak mendapatkan immunisasi bayi sejak melahirkan adik saya yang ke-4 hinggalah adik saya yang bongsu. Kenapa? Kerana keluarga kami adalah keluarga yang mengamalkan perubatan alternatif Homeopathy.
        Sejak mengandung hinggalah melahirkan bayi, saya juga mengambil set bersalin Homeopathy iaitu Salindah & saya memang menemui kebenaran testimoni pengguna lain melihatkan kecergasan & kekuatan si comel saya. @ mungkin juga kerana namanya yang bermaksud kekuatan kami? Tetapi, dalam bab immunisasi, saya jadi ragu2. Setiap ibu inginkan yang terbaik utk anak2nya, begitu juga saya & suami. Bukan sahaja setiap perkara yang masuk ke dalam darah & urat2 tubuh perlu halal, malah perlu toyyib (baik) dan ada barakahnya.Saya percaya ilmu Allah Maha Luas & setiap kaedah rawatan yang diilhamkan-Nya kepada manusia ada jalan penyembuhannya yang tersendiri.  Dari acupuntur, Colour Vibration Teraphy, Herba & Tumbuh-tumbuhan, Gamat & Hidupan Fauna, Kaedah rawatan Jawi, Homeopathy, Tradisional, Berbekam, Keajaiban Air,  Ayat-ayat Suci Al-Quran & Doa, Feng Shui, & hinggalah ke  rawatan Moden hari ini.Pelbagai kaedah rawatan yang ada & hanya orang  yang sembuh setelah menjalani cara rawatan yang dipilih sahaja yang tahu akan keberkesanannya.Terpulang kepada pilihan masing-masing sebagai usaha mencegah & menyembuhkan penyakit asalkan kita meletakkan keyakinan bahwa Yang Maha Penyembuh & Maha Berkuasa itu hanya Allah SWT.  

Sunday, December 5, 2010

Anakku Sakit..

Buat pertama kalinya, permata hatiku terkena penyakit selsema & batuk. Sebagai ibu muda, saya masih belum mahir menguruskan bayi yg sakit.Baru saya tahu bahawa bayi yang sakit akan menjadi lebih manja & meragam. Di sinilah saya perlu memahirkan diri dengan ilmu & kesabaran. Apepun, Alhamdulillah, sesuai dengan namanya Maisarah, yang bermaksud mudah, bayi saya mudah diuruskan. Harapnya dengan pemberian titisan emas susu ibu, bayi kesayangan saya ini akan kembali cergas.