Tuesday, December 7, 2010

Immunisasi Bayi..Benarkah tidak perlu??

Suatu hari saya pulang ke rumah ummi selepas mendapatkan immunisasi untuk si comel. Si comel kelihatan sakit & sedikit meragam. Ummi saya menegur, "Kenapa suntik? Kesian baby, sakit.." Saya & Hubby diam. Malam itu kami berdua dpt kaunseling percuma dari ummi berkenaan immunisasi. Sememangnya saya telah lama tahu ummi saya tidak mendapatkan immunisasi bayi sejak melahirkan adik saya yang ke-4 hinggalah adik saya yang bongsu. Kenapa? Kerana keluarga kami adalah keluarga yang mengamalkan perubatan alternatif Homeopathy.
        Sejak mengandung hinggalah melahirkan bayi, saya juga mengambil set bersalin Homeopathy iaitu Salindah & saya memang menemui kebenaran testimoni pengguna lain melihatkan kecergasan & kekuatan si comel saya. @ mungkin juga kerana namanya yang bermaksud kekuatan kami? Tetapi, dalam bab immunisasi, saya jadi ragu2. Setiap ibu inginkan yang terbaik utk anak2nya, begitu juga saya & suami. Bukan sahaja setiap perkara yang masuk ke dalam darah & urat2 tubuh perlu halal, malah perlu toyyib (baik) dan ada barakahnya.Saya percaya ilmu Allah Maha Luas & setiap kaedah rawatan yang diilhamkan-Nya kepada manusia ada jalan penyembuhannya yang tersendiri.  Dari acupuntur, Colour Vibration Teraphy, Herba & Tumbuh-tumbuhan, Gamat & Hidupan Fauna, Kaedah rawatan Jawi, Homeopathy, Tradisional, Berbekam, Keajaiban Air,  Ayat-ayat Suci Al-Quran & Doa, Feng Shui, & hinggalah ke  rawatan Moden hari ini.Pelbagai kaedah rawatan yang ada & hanya orang  yang sembuh setelah menjalani cara rawatan yang dipilih sahaja yang tahu akan keberkesanannya.Terpulang kepada pilihan masing-masing sebagai usaha mencegah & menyembuhkan penyakit asalkan kita meletakkan keyakinan bahwa Yang Maha Penyembuh & Maha Berkuasa itu hanya Allah SWT.  


         Lantas, di atas kesedaran ini, saya cuba membuat sedikit research & penilaian. Saya membuat panggilan ke Kedah & berbicara dengan seorang doktor Homeopathy dari Klinik milik Syarikat Era Edar marketing, sebuah syarikat tersohor yang memfomulasikan Set Bersalin Salindah & Susu Bio-Lac.Menurutnya persoalan tentang keperluan immunisasi tidak banyak diperkatakan dalam masyrakat kita, mungkin kerana kita orang Melayu xsuka bertanya & banyak mengikut?? tetapi di luar negara isu ini banyak dibahaskan.Beliau menjelaskan bahawa kandungan immunisasi bayi memudaratkan kerana mengandungi racun seperti mercury dsb. Saya xtahu sangat bab nih.Dalam keadaan tubuh sihat, bakteria lemah di suntik ke tubuh bayi. Apa yang berlaku jka bakteria lemah disuntik ke dalam tubuh bayi yang lemah? Bakteria itu akan bertindak memudaratkan bayi. Adakah suntikan campak berjaya menghalang bayi dari terkena campak? Jawapannya tidak kerana hampir setiap orang akan terkena demam campak. Kata2 beliau membuat saya merenung sejenak. Menurutnya anak-anak keluarga homeopathy tidak mengambil suntikan immunisasi & didapati anak-anak ini sihat sejahtera. Bayi yang tidak disuntik jauh lebih sihat & bebas penyakit kerana badannya berupaya membina jaringan sistem pertahanannya tersendiri tanpa bantuan luar.Ulasan beliau belum memuaskan hati saya.
          Saya berbual lagi dengan salah seorang ibu kepada rakan saya yang merupakan seorang kaunselor UIAM. Saya bertanya kenapa beliau tidak mengambil suntikan immunisasi utk anak-anaknya. Beliau memberitahu, sebelum membuat keputusan besar ini, beliau jg membuat research, survey & analysis. Berdasarkan hasil kajian peribadinya, hampir semua pengamal rawatan alternatif tidak mengambil immunisasi bayi. Bukan itu sahaja, orang-orang Kristian & Yahudi juga tidak mengambil suntikan immunisasi untuk anak mereka. Sebabnya? WAllahu a'lam. Anak-anaknya juga didapati lebih sihat & mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi berbanding anak2 sanak-saudara yang lain..Saya pernah mendengar bahawa immunisasi adalah salah satu cara untuk melemahkan umat Islam. Benarkah??Tiada bukti kukuh utk dakwaan ini. Saya bertanya, adakah ada alternatif sekiranya saya tidak mengambil suntikan? Beliau menyarankan alternatif lain.Beliau jg menyarankan agar saya membuat research sendiri, yakin & tawakkal pada Allah dengan keputusan yang saya pilih.
         Saya berbicara panjang dengan pemimpin saya, suami tercinta. Kami akan terus menimbang, mencari & menyelidiki sebelum membuat keputusan. Anak-anak kami adalah Harta & Amanah kami. Kami tidak akan memperlakukan sesuka hati tanpa sesuatu hakikat kebenaran yang penting dibelakang kami.Saya perlu yakin pada diri, berdiri di atas keteguhan kepercayaan saya, & bertawakkal pada Allah.
        Dan sekarang, saya nak cari lagi pendapat Pro & Kontra...

No comments:

Post a Comment