Sunday, December 12, 2010

Quranic Rose Girls

             Setelah selesai mengulang al-quran setelah solat asar tadi, aku dan Ati berehat-rehat di pinggir tangga surau. Ati membaringkan dirinya disisiku. Kepalanya diletakkan diatas pehaku, aku mengelus rerambutnya yang halus sambil bercanda gurau.Aku memegang erat tagannya. Telinganya kutarik dan jarinya kujentik kerana kukunya agak panjang.”Adoi, sakitlah kak.” “Ha, lain kali potong kuku itu, bah” aku meniru loghat Sabah.
          Sesekali kami memandang adik-adik pondok Tahfiz Darul Asma’ ini bermain bola tampar. Suara gelak tawa mereka menambahkan lagi kebisingan petang ini.

         Adikku Syifa dan Khaulah datang ke arah kami sambil menayangkan aiskrim yang dibeli dari Makcik Dah, tersengih-sengih. Setiap petang kereta Makcik Dah akan masuk ke pondok tahfiz perempuan ini yang dikelilingi kubu tinggi ini untuk menual pelbagai makanan ringan buat pelajar disini. Adik-adik disini tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika hari cuti, barulah mereka pulang ke rumah masing-masing denagn berjubah dan beniqab hitam.

         Ika, berlari termengah-mengah ke a rah kami, merentas mereka yang sedang bermain. Rambut yang berikat kemas beralun kencang. Aku dan Ati berebut aiskrim yang dibawa Ika, Siapa cepat dia dapat. Dua orang adikku itu ketawa mengekek.” jom kita main badminton,” aku mengajak. Kami bermain denagan riang. Sesekali lontaranku tidak bersambut oleh Ani, almaklumlah budak besar yang jarang bersukan bermain.Terasa kekok benar. Di padang yang luas ini kami bergerak bebas tanpa perlu bertudung litup kerana pondok ini sememangnya dibina khas untuk anak perempuan, bebas dari lelaki ajnabi. Pelajar disini hanya memakai tudung bila waktu sekolah sahaja, itupun sekadar memenuhi disiplin sekolah, walhal dalam kubu ini tiada lelakipun yang dibenarkan masuk dan bebas dari sebarang kakitangan yang berjantina adam.

            Jam 6.45 petang semua bergegas mandi untuk solat magrib dan isya’ berjemaah. Adik-adik disini akan bergilir-gilir menjadi imamah. Biasanya Tasya, Mariam dan Norli yang akan menjadi imam utama sesekali ustazah-ustazah mereka mengambil giliran.Ustazah di sini sebaya denaganku. Aku sangat kagum dengan mereka. Setelah tamat belajar dipondok ini, pelajar-pelajar cemerlang akan menggantikan Ummi menjadi ustazah madah, wardan, guru teakwando dan tutor kelas jahitan, sesuai denagn pertambahan bilangan pelajar disini.Didikan Ummi menjadikan mereka anak-anak gadis Islam yang benar-benar memenuhi criteria muslimah sejati, isteri dan ibu mithali. Adik-adik hafizah disini,umur mereka baru belasan tahun tapi seluruh al-quran sudah di hafaz. Terasa malu dalam diri bila aku membandingkan diriku denagn mereka. Masih kuingat 30 Ramadan lepas. Abah membawa aku dan adik-adik berterawih dan qiam di sini. Aku di minta menjadi imam. Terasa malu kerana aku hanya mampu membawa beberapa mukasurat dari juzuk tiga berbanding mereka yang sering membawa sejuzuk semalaman, melibatkan surah-surah sukar dan berayat pendek-pendek.
        4 pagi merupakan waktu rutin bangun tidur para hafizah untuk beruzlah, beribadah dan menghafaz. Selesai solat subuh, 6.30 pagi,gotong-royong akan dimulakan.Para pelajar, dari umur 5tahun hingga 18tahun akan di bahagikan kepada 7grup. Aku dan Ati turut dimasukkan ke dalam grup-grup ini. Adat menumpang tempat orang, walaupun tetamu, kenalah buat kerja juga.Grup ini akan bergilir-gilir membuat kerja. Aku dimasukkan ke dalam grup 5, jadi pada hari ahad, aku akan bertugas mengutip sampah di padang. Hari isnin, aku dan ahli kumpulan akan bertugas membersihkan kelas sehinggalah ke hari sabtu yang dinantikan, time bertugas di dapur dan memasak.

        Grup yang ditugaskan memasak akan memasak untuk semua pelajar termasuklah untuk pelajar lelaki di surau besar bersebelahan rumah mudir diluar tembok sana. Kami akan menyediakan sarapan pagi sebelum masuk waktu sekolah.Sarapan akan dihidangkan jam10 pagi, waktu rehat.Ketika memasak, kakak-kakak akan mengoreng, menumis dan membuat lauk manakala adik-adik kecil akan menyiat sayur, memotong bawang dan roti. Ada juga yang akan membasuh pinggan dan mengemas tempat makan. Walaupun pondok ini daif prasarananya, tapi para pelajar di sini diajar supaya senantiasa cermat, kemas dan bersih. Para tukang masak dimestikan memakai apron,memakai key dan mengikat rambut.


          7.45 sekolah akan bermula. Loceng akan berbunyi dan para pelajar akan beratur di padang dengan beruniform sekolah, abaya hitam lengkap bertudung. Doa pagi akan dibacakan secara beramai-ramai beserta hadis-hadis pilihan dan zikir-zikir terpilih dari kitab kecil Hisnul muslim. Ketua pelajar akan menjerit di hadapan. “Doa untuk belajar!Doa untuk ibu bapa!Doa iftitah! Doa tahiyat akhir! Aku dan Ati berpandangan sesame sendiri kerana kami tidak tahu doa iftitah selain yang dimulakan dengan ..”Allahu Akbaru Kabiran, Walhamdulillahi kathiran….” Dihari itulah aku mula menghafaz doa iftitah baru yang sahih riwayatnya-………………………..

اللهم باعد بيني و بين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب, اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس, اللهم أغسلني من خطاياي بالثلج, والماء, والبرد.

Juga aku baru mengetahui bahawa doa tahiyyat akhir yang kubaca sepatutnya dibaca pada tahiyyat awal. Juga perkataan “Sayyidina” perlu dibuang pada bait “Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad, wa ala Aali Sayyidina Muhammad, Allahumma Solli Ala Sayyidina Ibrahim Wa ala Sayyidina Ibrahim…”
Doa Tahiyyat akhir pula sama seperti doa tahiyyat awal Cuma dengan tambahan….

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

          Setelah itu semua akan masuk ke kelas masing-masing. Sumayyah, anak Ummi biasanya akan menjadi guru al-Quran bagi kanak-kanak dan mereka yang bertahap sederhana.Dia tegas dalam mendidik namun sangat penyanyang dan lembut hati menguruskan hal-ehwal pelajar disini,. Umurnya baru mencecah 16 tahun. Aku, Ati, Ika, Syifa dan Khaulah juga masuk ke kelas-kelas tertentu. Sesekali aku dan Ati melepak di surau, mengulang quran.Selesai mengulang, kami stado dalam surau,em, buruk benar.. Ummi sudah maklum yang kami berdua memang datang ke sini untuk beruzlah sementara adik-adikku Syifa’,Khaulah dan Muzzammil serta beberapa orang sepupu lelakiku Mukhbit, Syafiq, dan Abduh akan mengikuti kursus al-quran dan solat yang diadakan khas untuk pelajar luar sepanjang musim cuti sekolah-sekolah kerajaan.

        Pelajaran madah Tauhid, Feqah, Tafsir, Dakwah, Sirah, Bahasa Arab, English dan madah lain diajar sehiggalah jam10 pagi.Selain itu subjek Geografi, Sains dan Matematik turut diajar oleh guru jemputan sekali seminggu. Guru ini adalah kawan Ummi yang mengajar di sekolah kerajaan dan sudi membekalkan anak-anak di sini dengan ilmu Fadhu Kifayah agar mereka tidak ketinggalan dan jumud walaupun bersekolah pondok.
Rehat akan berakhir pada jam 10.30pagi. Setelah itu kelas disambung semula sehingga jam11.45. Pada waktu ini, pelajar dimestikan berqailullah atau tidur sebentar atau siesta kata orang Perancis sehingga jam1.30.Sesiapa yang tidak mahu tidur akan didenda. Pelik ya, tak mahu tidur pun kena denda! Sebenarnya denda dibuat supaya pelajar tidak mengganggu satu sama lain dan untuk memudahkan bangun awal esok hari. Namun pelajar ahli grup memasak tidak boleh tidur kerana perlu memasak makanan tengahari dan malam. Pelajar lelaki akan memasak nasi diluar dan lauk dari pelajar perempuan akan ditukar disebalik pintu bertabir didapur. “Assalamualaikum… Assalumualaikum…Ore tino, nak laukk!(orang perempuan, kami nak lauk)” Kedengaran suara sepupu-sepupukuku Abduh dan Mukhbit menjerit dari luar. Sesekali adikku Muzzammil datang mengetuk pintu. Menjadi rutin, hanya kanak-kanak lelaki yang belum baligh akan bertugas mengambil dan meminta lauk. Subhanallah, sebegitu sekali penjagaan ikhtilat di sekolah ini.

             Loceng berbunyi sebelm azan Zohor.Kami akan bersiap untuk solat berjemaah.Dari si kecil berumur 5tahun hinggalah kakak-kakak dewasa akan solat bersama-sama. Setelah makan tengahari, sekolah di sambung semula jam 2.30 hinggalah jam 4.30 untuk solat waktu asar dan bacaan al-quran.Jam 5.30 petang persekolahan akan tamat. Biasanya waktu inilah yang paling dinantikan oleh budak-budak. Makcik Dah akan datang lagi dan Ani, aku dan Ika akan bergelak tawa semula.

           Time beginilah, aku,Ati dan Ika akan curi-curi menggunakan handset dalam tandas.”Mana boleh ikut peraturan sekolah ni, Kak Long dan Kak tni dah besarla, lagipun kami ni banyak keje,” Aku menerangkan pada Syifa’ yang mencebik cemburu.Ati tersengih menjeling. Em, kami berdua perlu berurusan untuk ke Pengkalan Pasir membantu perjuangan sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan di sana.Ika pula sibuk bersms dengan Ilmam yang sentiasa risaukan adik bongsunya ini. Abang yang soleh ini menghantar adiknya di rumahku bersama kakaknya, meminta aku berdua membawa adiknya bersama ke pondok ini. “Ana nak dia sentiasa bersama orang baik-baik dan jadi cam geng enti.” Gitulah bunyi sms Ilmam .Henset, kami simpan dalam loker elok-elok dan bergegas keluar dari asrama, bimbang terkantoi.

             Kami berdua saling bertasmi’ antara magrib dan Isya’.Setelah itu, kami berbual dengan rakan-rakan sebaya, bertanyakan soalan-soalan agama. “Kami kena buat assignment tentang hijab, gerakan dalam solat dan lain-lain. Ummi akan buka Sohih Bukhari, Muslim dan sunan yang lain. Kami akan teliti hadis-hadis dan kitab-kitab tafsir yang berkaitan dan akan buat kertas kerja mengikut grup. Jika kami tak tahu, kami akan bertanya ummi dan ustazah-ustazah sekolah lain yang datang ke sekolah ini pada hari jumaat petang.” Terang Ain sambil menunjukkan padaku hasil kerja mereka. Aku meneliti ‘hasil kerja budak pondok’. Mengkagumkan, bertaip elok dan lengkap walaupun tidaklah mengikut format assignment sebenar. Padaku, ini satu kemajuan pondok tahfiz ini berbanding yang lain, turut tergambar padaku mentality pemilik pondok ini dan corak didikan Islam yang ingin diterapkan.

                Dibawah sinar lampu kalimantang surau, sayup-sayup kedengaran suara huffaz mengalunan al-quran, menenengkan hati kami yang mencari suasana barakah lagi indah. Aku menangis di ribaan Ati.Tangan lembut Ati menyapu airmataku…”Banyak benar dosa ksarah, Ati..”Suasana hatiku khali dan sepi…Terasa basah dahiku, airmata Ati tumpah juga..”Ati juga, sama” kami sama-sama diam melayan hati yang perit. “Akak tahu kenapa Ati nak ikut akak datang sini?”
“Tak,” jawabku ringkas.
“Ati ingin bersihkan hati Ati, Ati berazam tak nak pakai handset dah lepas ini.”
“Kenapa?”
“Ati tak mampu jaga hati..,” Airmatanya gugur lagi.

“Sabarlah Ati, Ati kena kuat dan cuba lawan perasaan tu”
“Em,…Ati nak pesan sungguh-sungguh pada akak.Ati TAK NAK dengar akak ‘dah ada’. akak TAK BOLEH ada. Ati cuma nak dengar akak bertunang dan kahwin saja “
Aku bangun dari ribaannya, dahiku berkerut.
“Ati sayang akak. Anti tak nak akak jadi macam Ati. Ati sentiasa rasa serba salah dengan hubungan Ati dengan dia. Ani rasa Quran dah jauh..”
Aku diam mendengarnya. Kupandang bulan separa bulat di tabir langit gelap. Bulan menyinar redup dilindungi awan, seolah-olah memahami keadaan kami.
“Ati, Insya-Allah, akak akan cuba jauhi perkara begini. Ati jangan layan sangat. Cubalah buat dia faham juga yang Ani nak ‘jaga’. Akak akan sentiasa doakan Ati supaya dapat kahwin awal.”
Ati mengeluh berat. “Amiin..”
Kami sama-sama tersenyum lalu bangun berwitir sebelum tidur.



                Dinihari yang kelam, aku terjaga. Ati sudah tiada di sisi. Dia kulihat sedang tekun beribadah. Adik-adikku masih dibuai keenakan malam.Kami tidur disurau tanpa pintu yang menghadap padang yang menghijau bertemankan bulan dan nyamuk yang kelaparan. Norli dan Ain sedang mengulang hafazan, terkumat-kamit penuh keasyikan. Selesai berwuduk, aku berdiri sebelah Ani, mengangkat takbir tahajjud. Airmata berguguran, telekungku basah, aku mengimbau kealpaan lalu, noda-noda dosa yang menghitamkan hati, membentuk perbadi negative diri. Aku meneropong hari-hari mendatang, masih panjangkah umurku? Usia mudaku, bagaimanakah akan kuhabiskan? Pelajaranku, untuk apakah aku bertungkus lumus menghadapinya? Keluargaku, mampukan aku mencorakkan entitinya dengan seni Islam, Iman dan akhlak terpuji? Sahabat, apakah ukhwah berteraskan dakwah yang terjalin kan mewangi berpanjangan?......Airmata rindu mengalir laju. Kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral. Seringkali aku lupa mengingatiMu dalam kesibukan aktiviti dan perancangan. Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. Aku rindukan teman yang sering mengetuk hatiku ke arahMu. Aku rindukan akhlak peribadi mulia. Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan…..Tuhanku, aku merindukan saat bertemu denganMu. Tuhanku jadikanlah akal fikiranku, tanganku, mataku, kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendakMu. Andai aku terleka ketuklah aku, bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang panjang…


Azan subuh berkumadang, nyamuk malam mula beransur menghilang, ayam di reban turut memekik memberitakan kehadiran siang.Aku mengejutkan adik-adikku dan bersiap menghadapi hari yang tenang lagi terang.

                                                                 Quranic Rose Girl 11 Dis 2006, 5.30p.m

(dedikasi buat sahabat tersayang, Ati samsuddin)
































No comments:

Post a Comment